Contact Us

stitchnknot@gmail.com

Felt Craft Series

icon


animalien


the faux bakery

the kawaii series

the secret garden

exclusive!


customized





Showing posts with label FC: the faux bakery. Show all posts
Showing posts with label FC: the faux bakery. Show all posts

Tuesday, June 14

Lots and lots of petite fruit tarts!

Wahhh~ banyaknya! Sebenarnya, petite fruit tarts ini merupakan projek lama yang dibuat pada awal bulan April lalu. Tart-tart ini terdapat dalam pelbagai warna dan design. Setiap tart dihiasi dengan buah-buahan mini, cream atau wafer stick. Yummy kan? Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

Petite felt fruit tart

Petite fruit tart (keychain/hp charm)
Code: PP-001
Diameter: 4.5cm
Color: Assorted
Status: open for order


Berminat? Klik sini untuk mengisi order form, atau hubungi kami di stitchknot@gmail.com bagi sebarang pertanyaan.

Friday, June 10

Strawberry & cream cake box

Ini merupakan 1st cake box dari stitchNknot! Cake box ini bersaiz 9.5 cm (diameter) dan 5cm (tinggi). Bahagian dalam cake box ini juga dialas dengan felt. Boleh digunakan sebagai gift box atau bekas simpanan accsessory anda.

Strawberry and cream cake box. Yummy!
Top View
Inside the box

Berminat? Kami juga menerima custom order bagi cake box ini. Anda boleh tentukan sendiri saiz, warna dan  topping kegemaran anda. Harga bagi setiap cake box bergantung kepada saiz dan design cake.
   

Wednesday, April 27

Order: felt cake, purple lo, lollipop

Order dari budak sekolah:

Felt cake dengan diameter 10cm dan tinggi 5cm (9cm termasuk toppings), sebagai hadiah hari jadi
Topping cake
Large  Lo, warna purple lembut dengan bentuk hati warna hot pink
Beza saiz the wingears large & small
Lollipop kecil warna purple lembut dengan bentuk hati warna merah

Monday, April 11

Petite pastry for you!

Entri ini khas untuk anda yang mempunyai sweet tooth. Memperkenalkan, siri petite pastry dari stitchNknot!!

Drool... nampak sangat delicious kan? *perasan sendiri :P*

Buat masa sekarang, siri petite pastry ini hanya mengetengahkan produk petite cake dan petite fruit tart sahaja. Kalau ada masa, pastri-pastri lain akan menyusul. Sesuai dengan namanya, saiz petite pastry ini amat kecil: 1.5x1.5 inch bagi petite cake dan 4.5x4.5cm bagi petite fruit tart. Jom tengok gambar close-up!!






Selalunya dijadikan keychain atau handphone charm kerana saiznya yg kecil. Ia juga sesuai sebagai door gift untuk majlis perkahwinan anda.

Note: Gambar low quality sebab guna camera phone. Tu pon dah heavily edited sebelum diupload.
  

Tuesday, March 29

1st batch of the Faux Bakery!

Introducing *drumroll*~ batch pertama the Faux Bakery! Sungguh menyelerakan dan nampak seperti kek sebenar, bukan? Bezanya, it won't make you fat, ever! Bagus kan?

Kek vanila yang bebentuk bulat ini disaluti frosting putih dan dihiasi dengan hirisan buah-buahan segar. Yummy!!~


Bagi anda yang mahukan satu hirisan kek sahaja, jangan risau! Terdapat juga hirisan kek pelbagai perisa yang diperbuat daripada sapu tangan, dan disertakan dalam bekas kek plastik yang sebenar. Sangat sesuai dijadikan hadiah untuk kenalan anda.


Terdapat juga donut yang dihiasi dengan manik dan labuci (beads and sequins) yang berwarna-warni. Ribbon berwarna ceria turut dilekat pada donut sebagai penambah seri. Sesuai dijadikan keychain atau phone charm kerana saiznya yang kecil.



Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Right floating menu

Shoutbox