Introducing *drumroll*~ batch pertama
the Faux Bakery! Sungguh menyelerakan dan nampak seperti kek sebenar, bukan? Bezanya, it won't make you fat, ever! Bagus kan?
Kek vanila yang bebentuk bulat ini disaluti frosting putih dan dihiasi dengan hirisan buah-buahan segar. Yummy!!~
Bagi anda yang mahukan satu hirisan kek sahaja, jangan risau! Terdapat juga hirisan kek pelbagai perisa yang diperbuat daripada sapu tangan, dan disertakan dalam bekas kek plastik yang sebenar. Sangat sesuai dijadikan hadiah untuk kenalan anda.
Terdapat juga donut yang dihiasi dengan manik dan labuci (beads and sequins) yang berwarna-warni. Ribbon berwarna ceria turut dilekat pada donut sebagai penambah seri. Sesuai dijadikan keychain atau phone charm kerana saiznya yang kecil.