Contact Us

stitchnknot@gmail.com

Felt Craft Series

icon


animalien


the faux bakery

the kawaii series

the secret garden

exclusive!


customized





Wednesday, April 27

Order: felt cake, purple lo, lollipop

Order dari budak sekolah:

Felt cake dengan diameter 10cm dan tinggi 5cm (9cm termasuk toppings), sebagai hadiah hari jadi
Topping cake
Large  Lo, warna purple lembut dengan bentuk hati warna hot pink
Beza saiz the wingears large & small
Lollipop kecil warna purple lembut dengan bentuk hati warna merah

Thursday, April 21

Order: strawberry charms & brooch

A simple order, strawberry charms for phone, and a brooch.


Brooch tu memang sengaja dijahit senget. Simple, tapi sangat comel bila dikenakan pada tudung atau baju.

Wednesday, April 13

The wingears triplets!

Tadaaa~~ Inilah koleksi terbaru animalien yang dikenali sebagai the wingears, kerana mereka mempunyai angel-like-wings sebagai telinga.

The triplets; pink Po, cream-colored Lo and orangey Bo

Mereka triplets berlainan warna, dengan style tersendiri; Po, wingears berwarna baby pink, seorang penggemar cherry. Lo pula wingears berwarna cream yang berhati besar. Dan akhir sekali Bo, wingears orange yang gemar memakai bright colored bow.

Bagi keychain/handphone charm the wingears, sizenya adalah lebih kurang 2.5x1.5 inci (lebar termasuk kedua-dua telinga). Kalau nak buat brooch pun ok.

Hmmm... bosan la asyik-asyik keychain dengan handphone charm saja kan? So, stitchNknot dah tambah product lain; tissue pouch the wingears dengan warna-warna yang sangat ceria! Tissue pouch ni sangat berguna untuk mengelakkan tisu poket anda jatuh bertaburan dalam beg dek kerana plastiknya terkoyak.

Tissue pouch the wingears dalam tiga variasi warna; merah terang, biru dan hot pink

Inilah rupa tissue pouch the wingears bila dah disumbat dengan tisu poket

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan the wingears ni, bolehlah hubungi kami melalui email stitchnknot@gmail.com. Buat masa kini, stitchNknot hanya menjual barang-barang ready made seperti yang dipost di blog ini. Insya-Allah kami akan update harga terkini produk kami dengan secepat mungkin.
 

Monday, April 11

Petite pastry for you!

Entri ini khas untuk anda yang mempunyai sweet tooth. Memperkenalkan, siri petite pastry dari stitchNknot!!

Drool... nampak sangat delicious kan? *perasan sendiri :P*

Buat masa sekarang, siri petite pastry ini hanya mengetengahkan produk petite cake dan petite fruit tart sahaja. Kalau ada masa, pastri-pastri lain akan menyusul. Sesuai dengan namanya, saiz petite pastry ini amat kecil: 1.5x1.5 inch bagi petite cake dan 4.5x4.5cm bagi petite fruit tart. Jom tengok gambar close-up!!






Selalunya dijadikan keychain atau handphone charm kerana saiznya yg kecil. Ia juga sesuai sebagai door gift untuk majlis perkahwinan anda.

Note: Gambar low quality sebab guna camera phone. Tu pon dah heavily edited sebelum diupload.
  

Friday, April 8

The teeeeeny head


They're soooo~ tiny, dengan saiz lebih kurang 1 inch sahaja. Ada tiger cub orange, bunny pink, katak hijau dan kucing biru. Walaupun simple dan bodiless, mereka tetap comel! Koleksi animalien ini sesuai dijadikan hp/pendrive charm atau dikenakan sebagai brooch, terutamanya bagi si kecil.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Right floating menu

Shoutbox